JalanKitaBersama

"Katakanlah(Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik'"
(Yusuf:108)




Pengajaran dari Perang Uhud

Sunday, April 18, 2010
Perkongsian dari seorang murobbI

Perang Uhud -->(3:164-173)
Sejarah ringkas

Terjadi pada Sabtu 15 Syawwal 3Hijrah kerana kaum musyrik Quraisy ingin menebus kekalahan mereka di perang badar. Mereka berjumlah 3000 pasukan termasuk 700 pasukan baju besi dan 200 pasukan berkuda. Turut bersama mereka adalah 17 wanita (termasuk Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Sufyan yang ayahnya meninggal dalam perang badar) Pasukan muslim awalnya seramai 1000 orang dan di antara mereka terdapat 100 tentera berbaju besi dan tentera berkuda.300 daripada mereka adalah kaum musyrik.Last2 tinggal hanya 700 orang tentera Islam.

Seperti yang kita tahu, Perang Uhud mengalami kekalahan pada awalnya. kenapa???

  • OVERCONFIDENT.... inilah penyakit dalam diri orang Islam.Bila terlampau yakin yang Allah akan bagi pertolongan, maka usaha mereka pun jadi kurang. Sedangkan Allah melihat usaha kita dalam menolong agamaNya.(boleh je Allah nak menangkan Islam, tapi Allah nak uji sejauh mana usaha orang Islam dlm menegakkan Islam.Allah nak lihat kita betul2 beriman atau tak.

Sentiasa cek diri kita ni betul2 berjihad kerana Allah atau hanya berpura2 (munafik). Ujian dari Allah adalah untuk menguji siapa yang benar2 beriman dan siapa yang munafik.. takutlah padaNya.(3:166)

Amiklah pengajaran dari perang Uhud..Yang beriman jelas nampak beriman, yang munafik jelas nampak munafik. Bila dah berada di jalan dakwah ini, bekerjalah sehabis baik KERANA ALLAH!
(3:166-167)

Allah sentiasa lihat kita, Dia tahu apa dalam hati kita!!!!! Malaikat sentiasa mencatat apa yang kita lakukan!!! Sedarlah saudaraku, tinggalkanlah sisa2 jahiliyyahmu...

Umur kita takkan pendek atau panjang kerana dakwah(menyampaikan islam sebenar, berpesan2 kerana Allah). AJAL sudah ditentukan Allah..(3: 168). jadi janganlah TAKUT untuk menyampaikan Islam kepada saudara2 kita.. inilah kasih sayang yang sebenar!

Antara nikmat paling besar bagi para daie adalah TAK TAKUT dan TAK SEDIH dengan apa yang terjadi. sebab semua yang berlaku adalah takdir Allah, kasih sayang Allah. Allah bagi yang terbaik untuk kita dalam hidup ni sebab nanti kat akhirat Allah nak bagi SYURGA kepada hambaNya yang cinta padaNYa...(3:170-173)

Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu pada anaknya... (realiti sekarang banyak ibu yang buang anak sebab anak luar nikah,,,.. banyak keje kita untuk sampaikan islam sebenar).

Tumuhat(Obsesi) kena Tinggi,... jom obses pada cinta Allah..dapatkan cintaNya! redhaNya

Aku Bukan Da'ie (penyampai Islam) yang Manja.
Saudaraku...jangan mengharap lebih bila kita belum memberi lebih. Cek balik diri kita:
  • Kenapa kita berada di jalan Allah
  • Kenapa belum all out dalam menyampaikan islam
  • Kenapa masih boleh tidur dan rilek2
  • Kenapa masih banyak masa lapang
Orang yang pandai adalah orang yang buat kerja islam habis-habisan dan tak minta lebih2 dari Allah.
Orang yang bodoh adalah orang yang buat kerja islam sikit tapi minta lebih2 dari Allah


Jalan dakwah ni panjang, dan dakwah tak perlukan orang yang manja, malas, emosi tinggi.

Berbalik lah semula kepada hubungan kita dengan Allah..Jom target hubungan yang paling tinggi dengan Allah..subhanallah..bestnya! antara kita dengan Allah tu tiada hijab. jangan sampai Allah tutup hijab itu kerana kerasnya Hati kita.. awasilah perbuatan, jauhi maksiat!

Hidayah dari Allah itu MAHAL!! hargailah ia saudaraku..........

Yang menyampaikan itulah yg paling banyak diuji.kerana Allah mahu mendidik kita seperti apa yang kita sampaikan!

0 comments: